daun gugur


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Sekolah

Asal Usul Sekolah

Nama asal bagi SMK Seri Menanti ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti.Sekolah ini telah berjaya ditubuhkan atas permintaan pemimpin tempatan dan penduduk kawasan ini pada 10 Januari 1965. Pengetua sekolah ini yang pertama ialah Tuan Abdul Rahman Bin Ahmad.

Sebelum bangunan sebenar sekolah ini siap dibina, pelajar-pelajarnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti selama setahun.Selepas itu, barulah merekaberpindah ke lokasi sekarang iaitu di Parit Kedondong.Keluasan tapak sekolah ini ialah 10 ekar 1 rod 6 pod. Tarikh pemindahan bersejarah itu pada 17 Oktober 1966.



 Encik Mohammad Hamim bin Haji A. Rahim.Beliau merupakan pengetua SMK Seri Menanti. Sekolah ini telah bertukar-tukar pengetua sebanyak 18 kali.



Lagu Sekolah


SERI MENANTI namamu ibunda,
Pembangunan rupa bangsaku Malaysia,
Dilaut, didarat namun diangkasa,
Jasamu dikenag setiap masa.


Maju terus maju,

Gempur rintangan, buru ilmu semua,


Bangun belajar kita bersatu,

Ilmu panduan hidup cogan kata abadi.




Mari kawan kta berikan janji,

Kepada SERI MENANTI ibu kandungan,


Belajar, bersukan, giat kita pasti,

sekolah dan negara kita majukan.




Misi Sekolah

Bersama menggembeleng tenaga,
mendidik serta melatih generasi muda
menjadi cemerlang selari dengan
falsafah pendidikan negara
berlandaskan nilai-nilai agama


Visi Sekolah


SMK Seri Menanti cemaerlang 2012


Maksud Logo Sekolah

          
       
   MAKSUD WARNA
  • Kuning dalam kubah melambangkan tingginya nilai ilmu yang perlu dituntut oleh para pelajar
  • Merah dan obor melambangkan ketabahan dan keberanian untuk menghadapi segala rintagan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
  • Hijau menegaskan pentigkan landasan agama sebagai teras kepada segala kegiatan

         
 MAKSUD BENTUK
  • Perisai sebagai bentuk asas membawa maksud pendidikan yang diterima sekolah menjadi pelindung  setiap insan daripada ancaman keahlian dan ancaman pemikiran yang tidak baik.
  • Bentuk kubah melambangkan kepatuhan insan terhadap agamanya sebagai pegangan hidup.
  • Obor menjadi lambang yang menyatakan ilmu sebagai penerang jalan setiap insan
  • Rehal dan buku melambangkan kerajinan dan kesungguhan para pelajar dalam menimba ilmu.